allo..memandangkan perut telah menyanyikan lagu god save the queen secara sumbang, maka aku telah mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan perut aku dari menyanyikan lagu negaraku pulak secara sumbang..langkah yg telah diambil adalah dengan membuat nasi goreng secara malas dan mengikut perintah yg tertera di belakang packet perencah segera nasi goreng hailam adabi..tak lupe juga sedikit sebanyak nasihat daripada pakar memasak menggunakan 'ilmu malas memasak' daripada mas..
perencah yg diperkatakan..

baca arahan dengan teliti..

langkah pertama adalah memasak nasi..memandangkan hidangan adalah untuk aku sorg, maka stengah cawan beras sudah mencukupi..(lagipon kalo nasi banyak sangat nanti tak rasa plak perencah megi tu..eh, patutnye aku gune la due packet perencah kalo nak nasi banyak..adooiiii!!!)
nasi yang siap ditanak..

langkah berikutnya adalah menunggu nasi tersebut masak..sambil2 tu bolehla bukak live news from aljazeera english untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kekacauan yg berlaku di egypt..sebaik sahaja nasi siap ditanak, langkah seterusnya adalah memanaskan minyak..mengikut pengalaman yg telah dipelajari, minyak haruslah dipanaskan menggunakan api yg kecek supaya perencah tidaklah hangus semasa ditumis..kemudian masukkan perencah dan tumis sehingga wangi lah sangat..
minyak bunga matahari telah terlibat..

tumis sehingga hampir2 hangus..

sebaik sahaja bau wangi telah naik (bak kata arahan di belakang packet perencah) langkah berikutnya adalah memasukkan nasi kedalam kuali..gaulkan perencah dan nasi sehingga berasa puas hati ataupon sehingga rasa letih dan malas..
gaul gaul gaul..

baru beli ni..

kemudian, masukkan sebiji telur, dan jugak taburkan lada hitam sesuka hati mengikut tahap kepedasan yg diingini (walaupon black pepper kat sini tak pedas) gaul sehingga letih dan lapar..kemudian hidangkan diatas pinggan bersama sebatang sudu..langkah berikutnya adalah makan sehingga kenyang..
the volcano!!

amik bau dulu..

sesudah makan, ambil sebatang rokok dan letakkan di bibir..gunakan lighter yg baru dibeli untuk menyalakan rokok tersebut..pastikan kesemua permukaan rokok dibakar dengan sempurna supaya feeling menghisap rokok selepas kenyang dapat dinikmati sebaik mungkin..
langkah yg terakhir adalah basuh semua perkakas yg telah digunakan..jika kadar kemalasan mencecah tahap mengantuk, bolehlah baring dulu dan basuh perkakas selepas bangun dari tidur..sekian sahaja entri malas dari saya..laporan dibuat dari meja makan..
jap lagi aah basuh..

ps: mak dah selamat sampai mesia..hope abir dapat balik secepat mungkin..amin..




