Owaaiittt..secara officialnye, aku berada pada status merempat di rumah sewa sendiri..ini juga disebabkan oleh kemasukan penghuni baru iaitu sedare nazrin nayan..clap2!
History kependudukan di pekan koboi bernama banting bermula apabila 4 sekawan (aizat ali, firkhan akhmadeen, rasidan basiron dan abdullah firdaos) telah diterima bekerja disebuah kilang memproses besi yg bernama megasteel, yg terletak di sebuah daerah terpencil yg bernma kg labuhan dagang..
Bermula dari titik itulah, maka kami berempat telah memulakan perjalanan alam pekerjaan bersama sama di pekan kecil lagi tersorok ini..tempat asal untuk kami bersekedudukan adalah di taman keliwon atau nama sebenarnye sumpah aku dah lupa..memandangkan kami telah berkawan sejak dari tahun 1 di universiti, maka adalah tidak kekok bagi kami berempat untuk menjalankan hidup bersama sama..(Sumpah gay gile ayat aku)
Rumah yg didiami lebih kurang 8 bulan itu, telah kami tinggalkan..ini adalah gara2 penduduk taman yg diketuai oleh brader pendek dan bini gemoknye itu, telah membuat tuduhan dan tohmahan yg busuk terhadap kami..kami telah dituduh membuat bising tak tentu pasal dan menyebabkan penduduk2 lain ditaman tersebut tidak mendapat ketenteraman yg mereka idamkan..
Pon begitu, kami mengaku yg kami memang tak reti duduk diam..kerana kami bujang!! Kalau dah namapon umah bujang, takkan aa keadaan macam umah org yg da kawenmmbtol x?? Makanya untuk mengelakkan perbalahan yg boleh mengundang pertumpahan darah secara kronik, kami berempat telah bersetuju untuk meninggalkan taman keliwon tersebut, lantas membiarkan penduduk2 yg pemikiran mereka teramatlah kekampungan menetap disitu secara aman konon kononnya..
Setelah melakukan penseveyan mendadak diketuai oleh sedara os, kami berempat telah menemui sebuah rumah 2 tingkat yg sangat selesa, dan cukup besar untuk kami berempat meneruskan hidup kami yg tergendala sebentar disebabkan oleh anasir2 bodoh tak skolah di taman keliwon tersebut..
Khidmat lori yg disediakan oleh adik pian telah banyak membantu kami walaupon upahnye hanyalah sekadar makan malam dan sekotak rokok..jasa mat amatlah kami hargai kerana tanpa beliau, kami terpaksa mengangkut pelbagai peralatan dan perkakas secara ulang alik menggunakan kereta..
April 09 adalah tanggal kami menjejakkan kaki ke rumah yg cantik dan selesa ini..oleh kerana os yg telah menemukan rumah ini, makanya kami bersetuju untuk memberikan bilik master kepada beliau..aku dan rasidan di bilik yg mempunyai tandas bercantum manakala pian di bilik amah ditingkat bawah..pon begitu, kami tidaklah tidur didalam bilik kerana hiburan kami semua berada di ruang tamu..
Setelah selesa dengan kehidupan di rumah baru, lengkap dengan set theatre, astro, mesin basuh, peti sejuk dan macam2 lagi, tibelah masa untuk satu perpisahan..rezeki pian bukanlah lagi di megasteel kerana beliau telah mendapat tawaran baru di pejabat mara..maka tinggallah kami bertiga menghuni rumah yg besar ini..
Disebabkan oleh bayaran bulanan yg tinggi apabila hidup secara bertiga, maka kami bercadang untuk mencari pengganti pian, dan berjumpalah kami dengan sedare hadzwan rodzi..beliau merupakan rakan sekerja os dan juga merupakan senior kami semasa di universiti dahulu..dengan itu, bermulalah kehidupan riang ria kami bersama wan pula..
Dan skarang, tibalah giliranku untuk meninggalkan rumah yg selesa dan cantik ini..dikesmpatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli2 rumah tmn sri dagang ini, kerana korang memang rock!! Aku akan sgt2 merindui kalian semua..mana2 barang aku yg korang tejumpa pasni, rasa2 macam da tak elok, silakanlah mencampak barang itu kedalam tong sampah ye..maka dengan ini, penghuni asal rumah ini tinggallah 2 yakni os dan wakdan..
Sekian sahaja warkah bekajang dan bejela yg aku ingin dedikasikan buat rakan2 serumahku yg sedang enak dibuai mimpi (tak lupa kepada os yg baru lepas ngigau)..akhir kata, grill pintu nnt jangan lupa btolkan..nnt aku bg duit..hahahaha!!
ps: entri ketiga guna bb..(Saje je nak belagak ngan abir) ekekeke..entri ini juga dibuat dengan harapan aku dapat melelapkan mata walaupon satu lahzah..;)