08 April 2010

L equals to Legend

INTRODUCING......

EF 70-200mm f/2.8 L IS II USM

bukak tirai..

Rabu, Kuala Lumpur: Hari ini dalam sejarah apabila seorg mangkuk tingkat yg tidak mahu berfikir panjang, telah menggunakan wang simpanan untuk membeli sebiji L lens yg bernilai ribuan ringgit malaysia. Beliau dikatakan telah bersiar2 di bandar Kuala Lumpur bersama 4 lagi teman seperjuangan canon, telah diracun oleh rakan2nya untuk membeli lens tersebut. L lens yg digembar gemburkan sebagai lens terbaik dari canon menjadi sasaran utama mangkuk tersebut setelah tiba di ruang legar pusat membeli belah sungai wang.

beliau yang dimaksudkan..

dengan berpakaian t shirt berjaket kulit, beliau telah berlegar2 dan memasuki setiap sudut kedai untuk bertanyakan perihal lens tersebut. oleh kerana lens yg dikatan baru sahaja dikeluarkan oleh pihak canon, maka peluang untuk berjumpa dengan lens tersebut di rak2 kedai kamera adalah sangat tipis. sehingga ke satu tahap yg boleh menyebabkan rasa putus asa, beliau bersama mirul dan wakdan telah memasuki bintang maju dan bertanyakan kepada seorang nyonya yg berada di belakang kaunter."aunty, 70-200 2.8 L IS II ada ka? brapa harga??" tanya seorang sahabat mangkuk tersebut."ada2,lu mau ka? stok ada satu"

and when people step on this red line..
the hood..
ET-87 memulakan tugasnya..
77mm..

lantas beliau mencucukkan duit di atm dan tros menyuruh aunty tersebut pergi mengambil stoknya..setelah berpuas hati dengan belekan dan telekan terhadap performance dan rupa bentuk lens tersebut, makanya mangkuk tersebut telah membuat keputusan ringkas untuk membeli lens itu tanpa berfikir panjang. hasil yg marvelous dan superb kerana kepantasan lens tersebut, makanya tidak berhentilah beliau menyedakahkan senyuman kepada apa sahaja yg dilihatnya termasuklah dinding dan juga tong sampah.

hanging..

apabila ditemu ramah sebentar tadi, ketika berada di NZ garden, beliau menyatakan tahap kepuasan yg ultimate terhadap lens tersebut. beliau berpendapat bukanlah satu kerugian untuk mendapatkan lens tersebut pada masa sekarang kerana jangka hayatnya untuk berkhidmat sebelum lahirnya IS III adalah sangat panjang. katanya lagi, body 50d yg ada padanya sekarang masih belum memberikan perkhidmatan yg sepenuhnya sebelum beliau melakukan sebarang perancangan untuk menaiktaraf kepada 'full frame' body.

'the fallen shall rise again..'
rastamaniac..
el and amad..

ps: esok ade org guling2 naik tangga opis..hahahahah

No comments: