19 February 2010

bila bos takde..

semua org hepi!! yahooo!!

TAPI

bos aku tak cuti...

TAPI

aku selamber je buat macam bos aku pon cuti..hahahah

perjalanan ke ss14 sgt lancar
makanye seawal jam 1100, bertolak lah aku bersama org gile yg telah memberi minuman sup ayam kepada laptopnye ke ss14 subang jaya..acasia IT service..dengan membawa status HQ, kami bersusah payah mencari opis tersebut yg terletak di celah2 taman perumahan..jadahnye..sape aaa perancang bandar..susun lot kedai macam haram..dah tu buat one way..yg receptionist pon boleh tahan gak sengal..kata dekat ngan caltex..dekat aa sangat kalo sekilo jauhnye dari caltex tuh..fuh..

'HQ' la sangat..
memandangkan warranty tidak termasuk memberi minuman sup kepada laptop, maka perbuatan kami pada masa itu adalah sangat tidak mendatangkan hasil dan menyebabkan kami berasa telah membazirkan masa tido tengah hari yg amat berharga..jadinye, bagi mengelakkan rasa bersalah tak dapat tido tgh hari, dengan cargas kami menyinggahkan diri ke kampung melayu subang..mencari saudara firkhan akhmadeen..tujuan utama, amik bini lama untuk berkhidmat semula..hahahah..dah alang2 ade situ, makan aaa dulu kat kedai nasi padang..

di hadapan umah kakak pian..
pian yg cuti pada hari ini
dengan relax dan mata mulai kuyu, aku mendrivekan kereta dengan kelajuan piawai 110km sejam semasa perjalanan pulang..lagu2 rock kapak yg berputar di radio hot fm sgt2 membuat mataku hampir terlelap..tetapi kerana kepoweran aku memandu dan kecekapan fizikal bahagian tangan, aku berjaya mengemudi jentera hebat ke wilayah kerajaan megasteel dengan selamat..hahahahah

mintak derma ke wati?? hahah
kanak2 riang..hahahahahah
di sebelah petang, kami semua telah bermain2 di dalam opis, menjadikan opis seperti taman permainan kanak2..kerana kejakunan dan ketidakpercayaan kebolehan lens ultra wide, maka kami semua mengambil keputusan untuk berseronok bersama EOS 50D yg dilengkapi dengan sigma 10-20mm yg telah dipinjam dari encik amad..

poji lagi tinggi dari brahim??
sepantas kilat kami menslotkan kad pekerja seawal 6 petang, sbb terdapat misi yg lebih penting selepas itu..menjana rm 1k dalam masa kurang 6 jam..hahahahah..mesti ramai yg mahu tahu..peringatan: INI BUKAN MLM..hahahah..ini adalah perniagaan beli dan jual-jika-tak-mau-pakai..hahahahahha..jual saja apa yg anda suka walaupon bukan kepunyaan anda..hahahahah

bergerak ke damansara dengan berbekalkan semangat yg tinggi untuk menjana pendapatan, kami tiba ke lokasi pada jam 930 malam..kami sangat dedicated kerana sanggup menghantar barang sampai damansara demi menyediakan khidmat pelanggan yg memuaskan..

disinilah tempat berlakunya urusniaga
ozze: seronok tanpa sebab
kemudian kami ke nz garden untuk menikmati juadah berbuka (selepas berpuasa dari pukul 300 petang) sementara menunggu jam 11 untuk bertemu pelanggan seterusnya di lrt setiawangsa..di kesempatan itu, aku telah menggunakan peluang yg baik ini untuk mengetest lens ultra wide dengan menembak beberapa shot klcc dari tempat makan kami..keputusan: marvelous!!

kebolehannya menjakunkan diri ini..
milo blended..menggemokkan..hahahha
malangnye sesudah selesai memboncitkan perut, pelanggan yg dinanti tidak muncul jua..dengan perasaan hampa, kami mengambil keputusan untuk kembali ke pangkal jalan dan insaf untuk tidak melakukan perniagaan ini lagi..

aku da malas nak edit gambo nih..tido dap lagi..
semua gamba diatas kecuali gamba pian ngan os, telah diedit menggunakan lightroom..

ps: on the way balik, ade dua org mangkuk jalan pegang2 tangan kat tgh jalan..pada kelajuan 140 kmh, aku berjaya mengelak..bodo tak skola btol org itu..nak mati ke??

1 comment:

Dr. Nur Farhana said...

hahaha...aizat, na x paham apa yang cuba disampaikan? terlalu banyak hyperbola dan bahasa kiasan :P